Post sebelum ni, saya telah nyatakan bahawa, latihan Asas Gerakan merupakan satu latihan yang amat penting bagi pembentukkan fizikal pesilat. Dimanakah letaknya yang dikatakan latihan pemantapan fizikal semasa melaksanakan latihan pergerakan?
Semasa kita membuat latihan pergerakan, amat penting bagi seorang pesilat duduk dalam keadaan 'kuda rendah'. Kedudukan kuda rendah bukan sahaja dapat membentuk kestabilan tubuh tetapi ia juga merupakan latihan untuk menguatkan Daya Tahan kumpulan otot Quadriceps yang berperanan bagi pergerakan lonjakan kaki.
Kumpulan Otot Quadriceps |
Kenapa Kekuatan Otot dan Daya Tahan Otot penting bagi pesilat?
Daya Tahan Otot adalah merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal yang merujuk kepada keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulang kali dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. Individu yang mempunyai daya tahan otot yang tinggi mampu menggunakan otot-ototnya lebih lama atau berulang-ulang.
Kekuatan Otot pula ditafsirkan sebagai keupayaan bagi otot untuk melaksanakan sesuatu pergerakan dengan kekuatan yg maksimum.
KEDUA-DUA ELEMEN INI PENTING BAGI PESILAT KERANA :
- Pesilat dapat melaksanakan pergerakan dalam jangkamasa yg panjang tanpa cepat merasa lesu. Maka ia penting bagi pesilat semasa pertarungan agar tidak merasa cepat letih.
- Dapat mengurangkan risiko kecederaan, maka ia penting bagi pesilat utk memastikan pesilat tidak mengalami kecederaan yg maksima dalam pertarungan.
Maka, setiap pesilat perlu sentiasa memastikan latihan Asas Pergerakan dilaksanakan dalam keadaan kekuda rendah.
HPCS 1, SAS.
No comments:
Post a Comment