Sebagai mana yang telah saya maklumkan dalam post sebelum ini, antara lain falsafah Majlis Adat Perlimau Sintuk ini adalah untuk menyucikan Pesilat dari segi fizikal dan batiniyyah. Ia termasuklah membetulkan semula AKIDAH pesilat.
Majlis Adat Perlimau Tapak Gelanggang Puan Kalsom Naning disempurnakan oleh Ayahanda Cg Amin Hamzah. |
Selepas upacara ikrar dan potong limau, kebiasaannya Guru akan memaklumkan cara mandian beserta dengan Mantera Mandi. Mantera Mandi akan dibaca oleh Guru dan diikut ulang oleh Pesilat yang telah menjalani Majlis Adat Perlimau Tapak.
ALLAHumma kata Suci,
Suci Badanku dalam Cahaya Nur Muhammad,
Xxxx xxxxx xxxxxxx xxxx,
Rahim Rahim Punca Nur ALLAH,
Xxx xxxxxx xxxxxxx,
Pulang Asalku ke RahmatuLLAH,
Tidak ku rasa dan tidak ku lihat,
Itu lah zat ALLAH.
Jika difahami bait bait Mantera itu, jelas menceritakan asal usul kejadian manusia. Kejadian asal manusia yang Suci dari dosa. Maka simboliknya Majlis Adat Perlimau Tapak ini, membetulkan semula akidah murid dan membuang segala sifat sifat buruk dalam diri murid dengan berkat doa dari Guru. Ia seperti mengembalikan kepada fitrah kejadian manusia yang bersih dan suci dari dosa.
Berikut ada penerangan serba sedikit berkenaan dengan makna tersirat dari bacaan lafaz Mantera Mandi Silat Seni Gayong.
Baris pertama - Rahsia Kun Fayakun (ALLAH berkehendak untuk menjadikan sesuatu kejadian - penciptaan makhluk)
Baris kedua - Hakikat Nur Muhammad. Nur Muhammad - merupakan bapa sekalian Ruh dan Alam Batin; Jamal, Kamal, Jalal, Qhohar dan segalanya makhluk batin. Nur Muhammad adalah makhluk awal yang diciptakan sebelum makhluk yang lain.
Baris ketiga - Lembaga Adam adalah bapa sekalian Tubuh / Alam Zahir. (Abul Basyar); Tanah, Api, Air, Angin & segala kejadian makhluk zahir yg terjadi darinya.
Baris keempat - Rahim (Rohim) pada Hawa adalah tempat Allah tajalli/nyatakan sifat kasih sayang ditiupkan ruh pada Urat, Tulang, Darah, Daging jadi kehidupan.
Baris kelima - merujuk kpd tajalli sifat Allah pada makhluk pertama yang memuji-NYA iaitu NurMuhammad yg disiapkan pada makhluk pertama itu 7 sifat Ma'ani ;
Qudrat - Kuasa/Tenaga
Irodat - Kehendak/Cita-2
Ilmu - Tahu/Faham
Hayat - Hidup/Nafas
Sama' - Mendengar
Basor - Melihat
Kalam- Berkata-2
Baris keenam - Rahsia Zauq)/ Fana - seruan diri sendiri agar sedar diri kembali kpd Kasih-Sayang Allah, kembali kepada Fitrah Suci bila saat bertemu Allah (pengampunan redha Allah bila masa bertemu Allah).
Baris ketujuh dan kelapan - Sementara Dzat Allah memanglah bukan sesuatu yg boleh dirasa, didengar, dilihat oleh pancaindera makhluk..... Selagi andai boleh maka itu bukanlah Dzat Allah. Bait bait terakhir ini lebih kepada mengenal dan mengESAkan ALLAH.
Penerangan di atas hanya lah bersifat umum dan tidak terperinci.
WAllahu a'lam.
Qudrat - Kuasa/Tenaga
Irodat - Kehendak/Cita-2
Ilmu - Tahu/Faham
Hayat - Hidup/Nafas
Sama' - Mendengar
Basor - Melihat
Kalam- Berkata-2
Baris keenam - Rahsia Zauq)/ Fana - seruan diri sendiri agar sedar diri kembali kpd Kasih-Sayang Allah, kembali kepada Fitrah Suci bila saat bertemu Allah (pengampunan redha Allah bila masa bertemu Allah).
Baris ketujuh dan kelapan - Sementara Dzat Allah memanglah bukan sesuatu yg boleh dirasa, didengar, dilihat oleh pancaindera makhluk..... Selagi andai boleh maka itu bukanlah Dzat Allah. Bait bait terakhir ini lebih kepada mengenal dan mengESAkan ALLAH.
Penerangan di atas hanya lah bersifat umum dan tidak terperinci.
WAllahu a'lam.
SGS, HPCS 1
rujukan :
- PSM Azizan Ibrahim
- PSM Amir Fadhli Razali
- Ustaz Adnan Che Abu
- PSM Amir Fadhli Razali
No comments:
Post a Comment