Dalam Keilmuan Silat Seni Gayong.
pelajaran asas yang perlu dilalui oleh setiap pelajar baru, adalah Gerakan Asas
Seni Tangan Kosong.
Gerakan
Asas ini penting dimahirkan sebelum pelajar didedahkan kepada pelajaran lain
seperti elakan, elak pukul, kuncian dan sebagainya. Terdapat banyak
manfaat bagi seseorang pelajar yang dapat menguasai Gerakan Asas ini.
Dalam keilmuan Silat Seni Gayong, antara peranan Pelajaran Gerakan Asas Gayong
adalah utk membentuk dan mantapkan keadaan fizikal pesilat. Dalam latihan
Gerakan Asas Gayong jurulatih akan melihat elemen2 penting di dalam diri setiap
pesilat.
Antara elemen yg akan dilihat adalah:
a) keadaan struktur badan ( posture)
b) kedudukan kaki dalam bertapak
c) keseimbangan kedudukan
d) keseimbangan gerakkan badan
e) displin diri
Kita boleh melihat kebanyakan pengamal ilmu persilatan berbadan tegap dengan struktur badan yg mantap. Ia adalah antara kesan dari penguasaan Gerakan Asas.
Gerakan Asas ini secara dasarnya boleh diaplikasikan kepada pergerakan yang lain namun perinciannya adalah berbeza. Semasa melaksanakan pergerakan ini, seluruh komponen penting di anggota fizikal telah diambil kira iaitu dari hujung kaki sehingga kepala perlu melaksanakan atau mengambil bahagian dalam gerakan yang dilakukan.
Sikap posisi sedia sebelum melancarkan serangan tumbukan, dipastikan dalam posisi yang stabil dan selamat dari serang pihak lawan. Kestabilan dapat dilihat dari ‘bentuk tapak’ , kedudukan kedua-dua kaki, posisi badan dan kedudukan berat badan.
Manakala ciri-ciri belaan diri dari serangan lawan diterapkan atau diambil kira sebagai contoh kedudukan kedua-dua tangan perlulah memudahkan pesilat membela diri dengan menangkis serangan ditempat-tempat yang bahaya. Selain itu juga kedudukan sendi-sendi juga diambil kira bagi mengelakan kecederaan yang melampau apabila diserang oleh pihak lawan.
Maka, disini dapat dinyatakan bahawa pesilat perlu peka dengan keadaan diri pesilat. Bagai memandang diri di dalam cermin.
HPCS1, SAS
No comments:
Post a Comment