Wednesday, 30 January 2019

TAPAK DAN KEKUDA

Pesanan Guru Ayahanda Cg. Amin Hamzah (Apit Jinjang Mahaguru Silat Seni Gayong)...

"Bila buka tapak, tapak kena elok, tak boleh goyang goyang.."

Pesanan Guru merupakan pedoman yang paling besar dalam mengamal ilmu yang diamanahkan. Seperti juga aliran silat yang lain, Silat Seni Gayong amat menitikberatkan tapak dan kekuda.

Apakah sama istilah tapak dan kekuda?

Tapak merujuk pada asas struktur badan.

Manakala kekuda merujuk kepada perbuatan merendahkan kedudukan badan.

Dalam perbincangan sebelum ini, saya telah memberi penerangan berkenaan dengan kedudukan kaki semasa bertapak. Kedudukan kaki merupakan elemen penting bagi kestabilan tapak.

Umpama kita membina rumah... Kedudukan  dan saiz tapak (footing) akan ditentukan oleh jurutera mengikut kesesuaian saiz rumah yang hendak dibina agar struktur binaan itu stabil. Begitu juga dengan kedudukan tapak kaki yang merupakan asas pada tapak pesilat.


Aplikasi latihan tapak dan kekuda membolehkan kuncian dilaksanakan dengan lebih efektif

Maka, setiap pesilat terutama yang baru mempelajari silat perlu selalu berlatih dan memperbaiki kestabilan tapak mengikut saiz badan kita agar tapak kita lebih bersedia untuk melaksanakan latihan yang lebih mencabar seperti latihan pukulan dan kuncian.

Bagi anak gelanggang saya, bersabarlah dalam mempelajari ilmu persilatan. Ini adalah kerana  proses pembelajaran silat merupakan satu proses yang panjang. Pelajaran peringkat asas selalunya mengambil masa yang agak lama berbanding dengan peringkat yang lain. Namun, insyaALLAH dengan kesungguhan, komitmen, konsistensi kita dalam latihan pastinya akan membuahkan hasil.

HPCS1, SAS.








Friday, 25 January 2019

LATIHAN GERAKAN MERUPAKAN LATIHAN BERSIFAT AEROBIK?

Latihan Gerakan adalah merupakan satu latihan fizikal yang dilaksanakan secara berterusan selama 20-30 minit untuk satu sesi latihan. Oleh itu, boleh dikatakan latihan gerakan merupakan suatu aktiviti latihan bersifat aerobik.

Apa yang dimaksudkan dengan latihan aerobik.? 

Latihan aerobik bermaksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti (dalam konteks perbincangan ini aktiviti adalah latihan gerakan). Secara amnya latihan aerobik adalah merupakan suatu latihan atau aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 20 minit. Dalam jangkamasa tersebut, kadar degupan jantung akan meningkat sehingga kira-kira 125 denyutan perminit. Peningkatan kadar degupan jantung, akan memberi kesan kepada kadar pernafasan. Oleh itu dalam melaksanakan latihan berbentuk aerobik ini, pernafasan perlu dikawal agar teratur dan tidak tercungap-cungap. Kegagalan seseorang dalam mengawal pernafasan akan menyebabkan seseorang itu akan berasa sesak nafas dan pengsan seterusnya gagal meneruskan latihan dalam jangkamasa yang lama.

Semasa melakukan latihan berbentuk aerobik ini, bekalan oksigen perlu dipastikan mencukupi dan dapat digunakan semaksima yang boleh oleh otot - otot yang berkerja. Kekurangan bekalan oksigen ke otot otot yang sedang berkerja akan mengakibatkan otot otot tersebut cepat lesu dan tidak berupaya melaksanakan fungsinya dengan baik.  Salah satu perkara yang perlu ditelitikan agar perkara tersebut dapat dielakkan adalah dengan melaksanakan cara pernafasan dengan betul. Cara bernafas dengan betul akan dapat memastikan oksigen dapat disalurkan ke otot otot yang berkerja tanpa dibazirkan penggunaannya ke otot otot lain.

Bagaimanakah kaedah pernafasan yang betul?

Ada kajian dari pakar Sains Sukan mendapati, kebanyakkan individu tidak bernafas dengan kaedah yang efektif semasa melaksanakan aktiviti kecergasan. Terdapat dua kaedah pernafasan iaitu kaedah :
a) Pernafasan Dada
b) Pernafasan Perut.

Kaedah pernafasan dada adalah merupakan keadah pernafasan yang berlaku hasil tindakan otot interkostal dengan tulang rusuk sehingga ia menjadi suatu mekanisma bagi mengempam oksigen ke otot otot yang memerlukan. Selain dari otot interkostal, otot pektoralis juga terpaksa bekerja secara tidak langsung. Dapat dilihat, apabila kita melaksanakan pernafasan kaedah ini dada akan mengembang sedikit ketika menarik nafas. Proses pengembangan dan penguncupan otot ini  juga perlu menggunakan oksigen.


Mekanisma Pernafasan Dada


Dalam keadaan rehat / biasa iaitu tidak melaksanakan aktiviti kecergasan, kaedah pernafasan dada digunakan kerana oksigen tidak perlu disalurkan secara maksima ke otot otot yang bekerja.
Otot Pektoralis (otot dada)


Untuk latihan kecergasan seperti latihan Asas Pergerakan, kaedah Pernafasan Perut dikatakan lebih efektif. Kaedah Pernafasan Perut berlaku hasil tindakan otot diafragma dengan tulang rusuk. Kaedah ini dikatakan berupaya untuk menyalurkan oksigen kepada otot - otot yang bekerja melaksanakan gerakan. Kaedah ini memang agak sukar diaplikasikan namun inilah kaedah yang kita gunakan semasa lahir ke dunia ini. Kaedah ini juga telah diakui berkesan oleh pelari jarak jauh sebagai kaedah yang sesuai untuk latihan aerobik.

Mekanisma Pernafasan Perut

Mekanisma dan kaedah pernafasan ini, amat penting difahami oleh pesilat, kerna bukan sahaja ia merupakan suatu elemen yang diperinci dan dilatih semasa latihan gerakan, malah ia penting bagi latihan pertarungan (sparring / tapak hidup) yang bersifat anaerobik.


Tuesday, 22 January 2019

WANITA DAN ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI

Pengalaman mempelajari silat selama lebih 20 tahun menyaksikan kaum wanita amat sedikit berminat untuk mempelajari Ilmu Bela Diri khasnya SILAT. Fenomena ini bukan sahaja terjadi di gelanggang silat malah turut berlaku di gelanggang-gelanggang seni bela diri yang lain seperti, Taekwando dan Wusyu. Namun begitu penglibatan kaum Wanita dalam mempelajari SILAT dewasa ini dilihat lebih kritikal.

Tidak dinafikan Wanita Melayu terkenal dengan Adat, Adab dan Kesopanan yang tinggi. Akan tetapi kita juga tidak boleh menafikan kewujudan tokoh-tokoh wanita dalam ilmu persilatan seperti Che Siti Wan Kembang, Tun Fatimah dan juga nama nama lain yang Gah dalam Lagenda dan Sejarah Alam Melayu.


Malah sejak zaman RasuluLLAH S.A.W juga telah ada nama-nama hebat bagi kaum Wanita yang diriwayatkan pernah bertempur di medan perang seperti nama Srikandi Nusaibah yang dikhabarkan antara Wanita yang sangat berani melindungi keselamatan Baginda S.A.W di Medan Tempur yang sangat sengit. Beliau terlibat dalam beberapa siri perang seperti Perang Uhud, Perang Khaibar, Perang Hunain dan Perang Yamamah.

Maka dapat diringkaskan disini, penglibatan kaum wanita dalam ilmu mempertahankan diri bukan sesuatu yang baru atau perkara yang ganjil malah suatu ketika dulu ilmu persilatan ini dikatakan wajib dipelajari oleh lelaki dan wanita Melayu.


Dewasa ini dilihat kebanyakkan gelanggang SILAT dimonopoli oleh kaum lelaki. Benarkah SILAT hanya sesuai untuk lelaki sahaja?

Kaum lelaki sememangnya dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. dengan fizikal yg sedia kuat dan gagah berbanding kaum wanita. Justeru dengan ditambahkan lagi dengan mempelajari ilmu persilatan akan memantapkan lagi kekuatan fizikal. Jadi, apa perihalnya dengan kaum wanita yg dikurniakan ALLAH S.W.T dengan sifat yang lemah lembut. Adakah kaum wanita tidak sesuai mempelajari ilmu persilatan?


PADA PENDAPAT SAYA, kaum wanitalah yang amat perlu mempelajari ilmu persilatan. Selain mempelajari cara untuk pertahanan diri, secara tak langsung boleh mempertingkatkan daya tahan fizikal kaum wanita. Wanita tak perlu berbadan sasa, berotot seperti lelaki cukup hanya tahan lasak. Saya difahamkan oleh GURU-GURU, SILAT ini permainannya berSENI, maka dengan seninya dan teknik yang betul dapat melemahkan musuh setidaknya memberi ruang untuk menyelamatkan diri.

Sasaran Serangan Ulu Hati


Serangan Tusuk Rajawali

Sebenarnya, kaum wanita mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menguasai keilmuan persilatan ini. Dalam keilmuan Silat Seni Gayong, terdapat pelajaran khas bagi kaum wanita diperingkat asas. Pelajaran asas ini memberi kemudahan kepada kaum Wanita kerana teknik yang diajar menerapkan unsur seni dan penjimatan tenaga selain serangan tertumpu kepada sasaran lemah/maut.


Memang terdapat kekangan bagi kaum wanita untuk mempelajari ilmu persilatan yang majoriti dikuasai oleh kaum lelaki. Namun begitu itu bukan alasan untuk patah semangat atau menidakkan keperluan mempelajari ilmu persilatan.


















Monday, 21 January 2019

PERANAN KEKUDA RENDAH DALAM LATIHAN ASAS GERAKAN

Post sebelum ni, saya telah nyatakan bahawa, latihan Asas Gerakan merupakan satu latihan yang amat penting bagi pembentukkan fizikal pesilat. Dimanakah letaknya yang dikatakan latihan pemantapan fizikal semasa melaksanakan latihan pergerakan?


Semasa kita membuat latihan pergerakan, amat penting bagi seorang pesilat duduk dalam keadaan 'kuda rendah'. Kedudukan kuda rendah bukan sahaja dapat membentuk kestabilan tubuh tetapi ia juga merupakan latihan untuk menguatkan Daya Tahan kumpulan otot Quadriceps yang berperanan bagi pergerakan lonjakan kaki.


Kumpulan Otot Quadriceps

Kenapa Kekuatan Otot dan Daya Tahan Otot penting bagi pesilat?

Daya Tahan Otot adalah merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal yang merujuk kepada keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulang kali dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. Individu yang mempunyai daya tahan otot yang tinggi mampu menggunakan otot-ototnya lebih lama atau berulang-ulang. 

Kekuatan Otot pula ditafsirkan sebagai keupayaan bagi otot untuk melaksanakan sesuatu pergerakan dengan kekuatan yg maksimum.

KEDUA-DUA ELEMEN INI PENTING BAGI PESILAT KERANA :
  • Pesilat dapat melaksanakan pergerakan dalam jangkamasa yg panjang tanpa cepat merasa lesu. Maka ia penting bagi pesilat semasa pertarungan agar tidak merasa cepat letih.
  • Dapat mengurangkan risiko kecederaan, maka ia penting bagi pesilat utk memastikan pesilat tidak mengalami kecederaan yg maksima dalam pertarungan.
Maka, setiap pesilat perlu sentiasa memastikan latihan Asas Pergerakan dilaksanakan dalam keadaan kekuda rendah.

HPCS 1, SAS.



Sunday, 20 January 2019

KAEDAH LATIHAN GERAKAN ASAS

Latihan gerakan merupakan latihan yang agak membosankam sekiranya, pesilat tidak memahami kepentingan dan kaedah-kaedah yg perlu diperincikan.


Perkara pertama yang perlu diperincikan adalah kedudukan tapak. Apabila membuka tapak pesilat perlu membuka langkah dengan keluasan langkah adalah dalam kiraan dua langkah biasa. Manakala kedudukan kaki kanan yang di tarik ke belakang adalah pada kedudukan 135 darjah dari pusat kedudukan tubuh.


Kedudukan Kaki Semasa Bertapak

Posisi tubuh pula perlu tegak dan menghadap ke arah sasaran serangan.



Tapak Kekuda Rendah Semasa Latihan Pergerakan Asas

Posisi Tubuh Perlu Tegak dan Menghadap ke Arah Serangan
Setelah posisi dan tapak diperkemaskan, ketepatan dalam melancarkan serangan pula diteliti. Kedudukan permulaan, kedudukan pertengahan serangan dan Kedudukan akhir serangan ditelitikan. Hal ini penting bagi memastikan pesilat membuat serangan yang betul, tepat dan bermanfaat.


Sebagai contoh serangan tumbukan:


BETUL dilihat dari segi genggaman tangan, kedudukan buku lima, unsur kelek anak, pintal tali, emas sepukal dll,


TEPAT dilihat dari segi ketepatan sasaran serangan yang dilakukan


MANFAAT dilihat dari segi penjimatan tenaga, memaksimumkan impack serangan, petua dll yang bersifat ‘RAHSIA’ gerakan.



HCPS1, SAS





GERAKAN ASAS DALAM KEILMUAN SILAT SENI GAYONG

Dalam Keilmuan Silat Seni Gayong. pelajaran asas yang perlu dilalui oleh setiap pelajar baru, adalah Gerakan Asas Seni Tangan Kosong.

Gerakan Asas ini penting dimahirkan sebelum pelajar didedahkan kepada pelajaran lain seperti elakan, elak pukul, kuncian dan sebagainya. Terdapat banyak manfaat bagi seseorang pelajar yang dapat menguasai Gerakan Asas ini. 




Dalam keilmuan Silat Seni Gayong, antara peranan Pelajaran Gerakan Asas Gayong adalah utk membentuk dan mantapkan keadaan fizikal pesilat. Dalam latihan Gerakan Asas Gayong jurulatih akan melihat elemen2 penting di dalam diri setiap pesilat.

Antara elemen yg akan dilihat adalah:
a) keadaan struktur badan ( posture)
b) kedudukan kaki dalam bertapak
c) keseimbangan kedudukan
d) keseimbangan gerakkan badan
e) displin diri


Kita boleh melihat kebanyakan pengamal ilmu persilatan berbadan tegap dengan struktur badan yg mantap. Ia adalah antara kesan dari penguasaan Gerakan Asas.

Gerakan Asas ini secara dasarnya boleh diaplikasikan kepada pergerakan yang lain namun perinciannya adalah berbeza. Semasa melaksanakan pergerakan ini, seluruh komponen penting di anggota fizikal telah diambil kira iaitu dari hujung kaki sehingga kepala perlu melaksanakan atau mengambil bahagian dalam gerakan yang dilakukan.
Sikap posisi sedia sebelum melancarkan serangan tumbukan, dipastikan dalam posisi yang stabil dan selamat dari serang pihak lawan. Kestabilan dapat dilihat dari ‘bentuk tapak’ , kedudukan kedua-dua kaki, posisi badan dan kedudukan berat badan.
Manakala ciri-ciri belaan diri dari serangan lawan diterapkan atau diambil kira sebagai contoh kedudukan kedua-dua tangan perlulah memudahkan pesilat membela diri dengan menangkis serangan ditempat-tempat yang bahaya. Selain itu juga kedudukan sendi-sendi juga diambil kira bagi mengelakan kecederaan yang melampau apabila diserang oleh pihak lawan.
Maka, disini dapat dinyatakan bahawa pesilat perlu peka dengan keadaan diri pesilat. Bagai memandang diri di dalam cermin.


HPCS1, SAS