Dalam silibus peringkat rendah Silat Seni Gayong, terdapat silibus Lelaki dan Wanita.
Seperti dalam aliran silat lain kedudukan wanita sebenarnya terlalu istimewa begitu juga dengan aliran Silat Seni Gayong. Dimana di dalam pelajaran Silat Seni Gayong terdapat pelajaran kursus bagi Wanita diperingkat rendah dan tinggi.
Wanita yang pada fitrahnya mempunyai gerak geri yang lembut memudahkan baginya untuk melakukan perbuatan berseni. Perlu diingati.. " tidak semua yang lembut itu longlai, tidak semua yang keras itu teguh.. "
Keadaan fitrah bagi wanita ini membolehkannya mampu untuk menguasai pelajaran-pelajaran peringkat tinggi yg mana pelajaran peringkat tinggi ini lebih menjurus pada seni perbuatan. Malah antara senjata tertinggi dalam keilmuan Silat Seni Gayong adalah Senjata Khas bagi Wanita iaitu, Cindai dan Kerambit. Namun begitu bukan mudah mengusai pelajar itu sekiranya tiada latihan yang konsisten. Umpama cindai, benar sifat lembut longlai, namun dengan latihan yang konsisten mampu menjadikan kain yg longlai keras seperti kayu.
Intipatinya disini latih tubi dan berlatih secara konsisten.
LBS.
LBS.
No comments:
Post a Comment