Sebagai pesilat kita perlu memahami setiap ilmu yang kita pelajari bukan sekadar mengajuk perbuatan dari orang lain kita rasakan Gah. Setiap ilmu ada displin nya. Displin kita sebagai murid jangan sesekali menokok tambah suatu perbuatan dan menyatakan ia merupakan sesuatu yg dipelajari dari Gurunya. Lain kiranya kita menyatakan ia adalah variasi atau pecahan dari apa yang dipelajari. Yang asal tetap asal.
Berguru.. bermaksud kita bersandar pada Guru kita.. |
Perkara ini jika tidak diambil berat ia akan memberi kesan pada keaslian ilmu dan seterusnya jika tidak dikawal akan mengakibatkan timbul sesuatu perbuatan yang tidak bermakna dan jauh menyimpang dari yang asal.
Pernah suatu ketika dulu, ada dua kumpulan yang berbalah tentang keaslian ilmu mereka. Pada ketika itu, tidaklah terfikir akan akibat dan kesan perbalahan itu. Malah pada ketika itu dirasakan perkara tersebut tidak sepatutnya dibalahkan kerana manusia kejadiannya berbeza dan variasi boleh wujud.
Namun sekarang bila melihat kehancuran keaslian ilmu.. sehingga tidak dapat mengenalpasti identitinya barulah diri ini sedar betapa pentingnya golongan yang menjaga keaslian ilmu.
Mengapa ini terjadi ? Perkara berikut mungkin antara penyebabnya.
a) perbuatan suka mengubahsuai mengikut kesesuaian dan kekurangan diri;
b) perbuatan yang suka mencampur adukkan ilmu dengan alasan untuk mencantikkan lagi atau untuk dilihat lebih Gah sehingga hilang maksud sebenar;
c) semasa menjadi murid tidak bersungguh memahami ilmu dan apabila bergelar guru tidak menyampaikan perkara yang sebenar kepada muridnya dan akhirnya kejadian seperti ini berterusan sehingga menyebabkan hilang terus maksud sebenar ilmu;
d) kegagalan untuk mengingati sesuatu ilmu kerana ilmu yg diperolehi tidak diamalkan dan lama kelamaan ia hilang sebahagian atau hilang seluruhnya;
e) kegagalan utk merekodkan atau mencatat ilmu yang dipelajari.
Oleh yang demikian, perlu ditekankan disini, jika anda sebagai murid, pelajarilah ilmu dengan sepenuh hati. Sebagai Guru, turunkan lah ilmu mengikut pelajaran yang diambil dari Guru kerana ilmu itu bersanad ia bukan rekaan.
Seperti pesanan seorang Guru 'Ilmu ini amanah, jika tidak tahu, jangan malu menyatakan tidak tahu'
LBS
No comments:
Post a Comment