Alfatihah kepada Guru-Guruku..
Dalam proses pembelajaran di gelanggang peranan Gurulatih amat penting. Gurulatih perlu menguasai pelajaran yang diajar agar ia bukan sahaja berperanan sebagai pengajar tapi dapat memberi pedoman pada pesilat.
Menurut sistem perguruan, berikut adalah peranan tenaga pengajar di gelanggang :
a)Jurulatih Muda - Mengajar
b)Jurulatih Mengajar dan membetulkan kesilapan
c)Gurulatih- Mengajar serta memperincikan setiap Gerak Geri
d)Guru - Mengupas dan mengulas Falsafah
Apa beza nya mengajar dan memberi pedoman?
Dalam proses pempelajaran digelanggang, Gurulatih akan menunjukkan demo terlebih dahulu kepada pesilat. Dan selepas itu, pesilat akan disuruh untuk melakukannya. Sekiranya, Gurulatih tadi hanya menunjukkan sahaja tanpa penerangan yang terperinci, besar kemungkinan pesilat tidak dapat melakukannya seperti yang ditunjukkan. Mengapa itu berlaku? Kerana otak hanya cuba meniru sahaja perlakuan kerana tidak dapat cukup informasi tentang perbuatan sebenar yang dilakukan.
Sebagai contoh, bila Gurulatih menunjukkan gerakan asas tumbuk pintal tali, Gurulatih perlu menerangkan dengan teliti bagaimana peletakkan tapak kaki, bentuk kekuda yang betul, bagaimana menggenggam penumbuk, bagaimana melancarkan serangan bermula dengan kelek anak, berkisar tali dan emas sepukal, bagaimana perbuatan berkisar tapak, bagaimana kedudukan badan, pandangan mata dan sebagainya.
Penerangan Gurulatih tadi, yang akan menjadi pedoman kepada pesilat. Pesilat akan cuba melaksanakan gerakkan mengikut pedoman yang diberikan. Seterusnya melaksanakan latih tubi sambil diawasi oleh Gurulatih dan Jurulatih di gelanggang.
Bagi pesilat, perlu HADIRKAN GURU dalam setiap latih tubi, tidak kira berlatih secara solo atau berpasangan.
Bagaimana yang dikatakan HADIRKAN GURU?
Ini adalah hikmahnya berguru secara berdepan. Semasa Gurulatih menunjukkan demo dan memberikan penerangan, pesilat perlu fokus dengan erti kata lain bagaikan hanya ada Gurulatih dan Kamu di situ walaupun gelanggang pada ketika itu ramai. Perhatikan setiap gerak geri Gurulatih dan deƱgar penerangannya dengan teliti. Selepas itu cuba laksanakan dan minta Gurulatih atau Jurulatih untuk semak dan pelbetulkan.
Setelah faham pesilat akan cuba untuk melaksanakan perbuatan yang dipelajari dan Gurulatih akan mengawasi latihan. |
Setelah pesilat faham maka, pesilat bolehlah berlatih sendiri secara latih tubi dengan MENGHADIRKAN GURU.
Yang dimaksudkan MENGHADIRKAN GURU adalah, membayangkan gerak geri Gurulatih dan penerangan Gurulatih semasa proses pembelajaran di gelanggang.
Bayangkan bagaimana Sang Gurulatih meletakkan tapak kaki, kekudanya, gerakkan tangannya, badannya, percakapannya... (Jika boleh diulang.. ulanglah walaupun bercakap dengan diri sendiri).
Untuk pelajaran kuncian, kita perlu bayangkan semula setiap tempat kesakitan yang dirasai agar kesakitan yang sama dapat dirasai oleh pihak lawan.
Pernah sampai ke telinga saya, bagaimana seorang murid persis gurunya. Dari cara berpakaian, bercakap, berjalan, cara makan dan tidur semua persis gurunya. Mengapa jadi begitu?
Sebagaimana dikatakan Sayyina Abu Bakar R.A dikatakan persis Gurunya RasuluLLAH S.A.W.
Begitulah indahnya berGuru...
Bagaimana jika kita berGuru dengan banyak Guru? Kena pandailah kita bahagikan mengikut bidang yang kita pelajari.
Menghadirkan Guru sewaktu kita Berlatih bagi pesilat dan Mengajar bagi Gurulatih dan Jurulatih juga adalah merupakan antara "Rahsia Adab Murid". Ia seperti membayangkan kelibat Guru berada di sisi gelanggang melihat setiap gerak geri kita.
"Hadirkan Guru, maka keberkatan akan hadir bersama"
"Hadirkan Guru, maka keberkatan akan hadir bersama"
WaALLAHUa'lam.
LBS
Rujukan :
1) PSM Azizan Ibrahim
2) PSM Amir Fadhli Razali
LBS
Rujukan :
1) PSM Azizan Ibrahim
2) PSM Amir Fadhli Razali