Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan oleh pihak Kerajaan Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 telah menyebabkan beberapa aktiviti rekreasi dan kecergasan seperti berjogging dan latihan silat secara berkumpulan tidak dibenarkan bagi mengawal penularan wabak pendemik Covid 19.
Bagi seorang pesilat, latihan secara konsisten menjadi keperluan bagi memastikan tahap kecergasan dapat dikekalkan. Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan pesilat perlu mencari alternatif cara latihan untuk mengekalkan tahap stamina pesilat.
Antara alternatif latihan yang boleh dilaksanakan secara perseorangan adalah skipping (anggaran 1000x) dan latihan menggunakan Punching Bag secara berterusan dalam jangka masa 1-2 minit.
Apakah faedahnya berlatih dengan Punching Bag? Umum mengetahui berlatih dengan Punching Bag adalah tidak menyeronokkan dan dikatakan kurang bermanfaat kerana tiada tindak balas. Bagi yang pernah melaksanakan latihan bersama Punching Bag pasti lebih mengetahui manfaat yang diperolehi.
Berikut adalah antara manfaatnya :
Membetulkan Kaedah Tumbukan
Untuk melancarkan serangan tumbukan, posisi tubuh, gaya dan gerakan memainkan peranan dalam memastikan tindakan serangan yang dilancarkan dapat menghasilkan impak yang tinggi. Sekiranya salah satu faktor tersebut tidak tepat, besar kemungkinan serangan yang dilancarkan tidak sempurna malah akan memudaratkan pesilat sendiri. Hal ini dapat dilatih dan dibetulkan melalui latihan Punching Bag.
Tumbukan yang mengena pada Punching Bag, sekiranya tidak dilaksanakan dengan betul ia akan memberi kesan pada pesilat. Sebagai contoh, jika pesilat tidak menjaga atau gagal menganggarkan jarak serangan yang betul, tumbukan akan tersasar atau tidak mengena pada sasaran. Selain itu sekiranya kedudukan tubuh pesilat tidak betul atau tidak seimbang, besar kemungkinan serangan tersasar dari sasaran dan mengakibatkan kecederaan lain seperti kecederaan pada pergelangan tangan, sendi bahu dan sebagainya.
Ia penting dalam aplikasi pertarungan sebenar kerana posisi tubuh, gaya dan gerakan yang betul akan menghasilkan serangan yang tepat pada sasaran. Serangan tepat pada titik lemah tubuh akan menyebabkan pihak lawan akan rebah serta merta tanpa memerlukan kita melakukan serangan susulan.
Ia penting dalam aplikasi pertarungan sebenar kerana posisi tubuh, gaya dan gerakan yang betul akan menghasilkan serangan yang tepat pada sasaran. Serangan tepat pada titik lemah tubuh akan menyebabkan pihak lawan akan rebah serta merta tanpa memerlukan kita melakukan serangan susulan.
Menguatkan Pergelangan Tangan
Punching Bag merupakan sampel sasaran yang mempunyai nilai jisim. Semakin berat nilai jisim sesuatu Punching Bag semakin tinggi keberkesanan latihan. Oleh yang demikian, isi kandungan Punching Bag juga perlu disesuaikan dengan tahap dan kekuatan seseorang pesilat. Dengan kebiasaan berlatih dengan Punching Bag, akan menguatkan pergelangan tangan dan struktur tubuh yang lain. Ini adalah kerana jisim sasaran menyamai nilai jisim musuh sebenar. Jumlah daya dan kelajuan yang dibawa oleh serangan akan dipindahkan pada sampel sasaran. Sekiranya sasaran bersifat pegun (kerana jisim yang besar) walaupun setelah jserangan mengena pada sasaran maka nilai daya dan kelajuan tadi akan kembali pada penyerang. Sekiranya keadaan ini tidak dilatih, pesilat tidak berupaya untuk menyahkan daya tersebut dengan cara yang betul. Kegagalan itu akan menyebabkan kecederaan pada pesilat.
Melatih Kekuatan Serangan
Punching bag merupakan alat bantuan latihan yang tidak memerlukan sokongan dari orang ke-2, iaitu ia boleh dilakukan secara perseorangan. Oleh yang demikan, kekuatan boleh dilancarkan secara 100% tanpa memikirkan kesan kecederaan kepada orang lain. Oleh itu, pesilat boleh melaksanakan latihan kekuatan dengan selesa.
Banyak lagi sebenarnya manfaat latihan Punching Bag jika kita melakukan secara konsisten. Namun ia terserah kepada pesilat untuk mengambil inisiatif sendiri atau masih berfikir untuk mereka-reka alasan untuk tidak berlatih.
LBS
Rujukan :
1) PSM Azizan Ibrahim
2) PSM Amir Fadhli Razali
Banyak lagi sebenarnya manfaat latihan Punching Bag jika kita melakukan secara konsisten. Namun ia terserah kepada pesilat untuk mengambil inisiatif sendiri atau masih berfikir untuk mereka-reka alasan untuk tidak berlatih.
LBS
Rujukan :
1) PSM Azizan Ibrahim
2) PSM Amir Fadhli Razali