Tahniah kepada pihak Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia cawangan Perak Darul Ridzuan kerana berjaya menganjurkan Kursus Kejurulatihan yang berlangsung pada 6-7 September 2019.
PSM Amir mendapat mandat untuk melaksanakan Kursus Kejurulatihan dari Ayahanda Cikgu Amin Hamzah |
Para Peserta yang mengikuti Kursus Kejurulatihan |
Kursus Kejurulatihan ini dipimpin oleh Panglima Singa Malaya Amir Fadhli Razali atas perkenan dan arahan dari Ayahanda Cikgu Amin Hamzah. Kursus ini dilaksanakan selama 1 hari 1 malam. Walaupun dilaksanakan dalam jangkamasa yang sangat terhad, ia banyak memberi manfaat kepada para Jurulatih dalam memahami dan memperhalusi setiap perbuatan supaya lebih efektif.
Matlamat utama kursus ini adalah memberi perincian dan kefahaman kepada jurulatih berkenaan dengan susunan pelajaran Peringkat Asas dan pengenalan kepada Senjata Asas iaitu pisau.
Susunan Pelajaran Peringkat Asas merangkumi
a) Asas Senaman
b) Asas Pergerakan
c) Asas Elakkan dan Elak pukul
d) Asas Kuncian
e) Asas Pukulan Maut
f) Asas Tapak hidup
f) Asas Tapak hidup
Majlis Dimulakan dengan Bacaan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Selawat dan Doa agar majlis berjalan lancar dijauhkan dari segala kecederaan. |
Sekitar Kursus Kejurulatihan - Asas Senaman |
Sekitar Kursus Kejurulatihan - PSM Amir sedang membuat penerangan Asas Kuncian |
Dalam Pelajaran AsasPergerakan, Jurulatih diberi kefahaman tentang struktur kekuda dan tubuh badan yang betul bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko kecederaan sekiranya diserang oleh pihak lawan.
Manakala dalam Pelajaran Asas Elakan dan Elak Pukul, Jurulatih ditekankan tentang cara mengelak yang lebih berkesan dengan menggugat kestabilan kedudukan lawan dan sasaran pukulan bagi melemahkan atau menghilangkan fokus lawan supaya tindakan susulan seperti kuncian dapat dilakukan dengan lebih mudah.
Falsafah dalam Elakan:
a) Memandang lawan
b) Elak atau menyalahkan serangan
c) Berkisar tapak / badan menghadap lawan
Perkara yang amat menarik dalam kursus kali ini yang mana ia memberi impak besar dan membuka minda para Jurulatih adalah apabila pelajaran Asas Kuncian diperhaluskan dan diperincikan.
Antara falsafah kuncian yang ditekankan adalah :
a) Memahami nama asas kuncian
b) Menghilangkan fokus lawan
c) Menghilangkan stabiliti pihak lawan dengan cara menarik lawan atau mengubah titik graviti lawan
d) Tiada jatuhan sempurna
e) Pengunci adalah bebas memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
Secara keseluruhan, kursus ini amat memberi manfaat kepada pihak Jurulatih. Dan diharap kursus seumpamanya dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.
Para Jurulatih amat disarankan agar dapat mengikuti kursus-kursus pemantapan silibus agar lebih bersedia untuk menyampaikan pelajaran di gelanggang masing masing.
Selain itu, pihak penganjur bersama dengan PSM Amir Fadhli Razali perkenan untuk membekalkan nota kursus bagi rujukan para Jurulatih di gelanggang.
SYABAS DAN TAHNIAH !!! kepada semua yang terlibat.
AlhamduliLLAH..
SGS, HPCS III
SGS, HPCS III