Sebagaimana lazimnya, individu yang ingin mempelajari sesuatu ilmu khasnya ilmu persilatan perlu bertemu dengan guru dan meminta izin dari Guru untuk mempelajari ilmu persilatan. Keizinan dan Akad dari Guru dan murid perlu bagi memastikan kesinambungan Sanad Ilmu.
Dalam Silat Seni Gayong, semua individu yang ingin pelajari ilmu Gayong diwajibkan menjalani upacara Adat Perlimau Sintuk. Secara aturannya Perlimau Sintuk ini perlu dilaksanakan bagi setiap pelajar sebelum mula untuk mempelajari ilmu Gayong. Majlis Perlimau Sintuk juga dikenali dengan Nama Majlis Ikrar Penerimaan Murid Baru, atau Majlis Meminang Guru (Mas Sepuloh).
Persoalan-persoalan yang biasa diajukan oleh para Waris berkenaan dengan Adat Perlimau Sintuk.
P1 - Bolehkah sekiranya pelajar tidak menjalani majlis Adat tersebut ?
- Majlis Adat ini telah dijadikan syarat perlu bagi individu yang ingin menjadi Anak Gayong. Syarat ini telah digariskan oleh Arwah Dato' Meor Abdul Rahman Bin Uda Mohd Hashim selaku Pengasas dan Mahaguru Silat Seni Gayong. Oleh yang demikian, setiap individu yang ingin menjadi Anak Gayong perlu menjalani Majlis Adat ini.
P2 - Adakah Majlis Adat ini tidak melanggar Syariat dan Akidah Islam?
- Majlis Adat ini fizikalnya adalah sebagai Akad bahawa Sang Guru menerima individu tersebut sebagai anak murid. Manakala individu tersebut pula berjanji akan menjaga amanah ilmu dan tidak menggunakan ilmu tersebut dijalan yang salah sebaliknya digunakan untuk mempertahankan Agama, Raja dan Negara, taat setia kepada Guru dan kedua ibubapa. Maka tujuan Majlis ini tidak melanggar Syariat dan Akidah Islam.
P3 - Apa kesannya jika seseorang pelajar tidak menjalani Majlis Adat Perlimau Sintuk ?
- Secara fizikalnya, pelajar tersebut tidak boleh dianggap sebagai Anak Gayong dan tidak berhak untuk mempelajari ilmu dalam Silat Seni Gayong.
- Secara Rohaninya, pelajar tersebut tidak mendapat keberkatan ilmu. Dalam mempelajari ilmu dari seorang Guru, perkara yang AMAT penting adalah Keberkatan Ilmu. Dalam Majlis Adat Perlimau Sintuk terdapat Akad Guru dan Murid, akad ini yang menyambungkan SANAD atau Ikatan Silsilah Ilmu dari Murid ke Guru dan seterusnya Guru yg Asal. Dari akad inilah akan terbitnya keberkatan ilmu.
P4 - Siapa yang melaksanakan Adat Perlimau Tapak ?
- Hanya Guru yang mendapat Tauliah dan Mandat SAHAJA dari Arwah Mahaguru Silat Seni Gayong yang boleh melaksanakan Adat Perlimau Tapak. Sekiranya terdapat kekangan lain seperti masa dan jarak, Guru tersebut boleh meWAKILkan kepada anak muridnya yang dipercayai untuk melaksanakan Majlis Adat tersebut. Walaubagaimanapun, selagi Guru tersebut masih hidup, anak muridnya itu hanya berperanan sebagai WAKIL dan perlu melafazkan akad "Aku sebagai wakil Guruku.. sekian.. sekian.. "
P5 - Mengapa bukan Gurulatih atau Jurulatih sahaja yang melaksanakan Adat Perlimau Tapak ?
Seorang Gurulatih atau Jurulatih silat di gelanggang hanyalah wakil kepada Guru-Guru yang mendapat mandat bagi melaksanakan Perlimau Tapak. Mereka merupakan perantaraan antara Guru dan Murid dalam mengembangkan dan menyampaikan ilmu yang telah amanahkan untuk disampaikan kepada Anak-Anak Gayong dibawah seliaannya. Mereka hanya mendapat Amanah Ilmu sahaja.
Maka amat perlu dikesempatan Majlis ini untuk bertemu muka dengan Guru.
Tidak dinafikan di masa kini, terdapat dakwaan dari sesetengah pihak yang mana dirinya boleh melaksanakan Adat Perlimau Sintuk walaupun Gurunya masih ada dan tiada kekangan masa dan jarak yang menyebabkan Gurunya tidak dapat melaksanakan Adat tersebut. Hal ini perlu dibendung agar tidak terjadi kecelaruan Sanad.
Seperti yang saya nyatakan diatas hanya GURU YANG MENDAPAT TAULIAH DAN MANDAT SAHAJA yang boleh melaksanakan Majlis Adat Perlimau Sintuk. Maka sebagai murid, kita perlu ambil tahu Silsilah Ilmu. Kebiasaanya semasa Akad, Guru tersebut akan menyebut atau menerangkan Silsilah Ilmu kepada Murid.
Terdapat penerangan yang jelas dari segi ilmiah berkenaan dengan setiap peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan di dalam pelaksanaan Majlis Perlimau Sintuk. Semuanya boleh dijelaskan dengan terperinci oleh Murid Kanan (PSM Azizan Ibrahim) kepada Guru saya iaitu Cikgu Mohd Amin Hamzah.
Akhir kata... Cari lah yang jelas.
SGS, HPCS 1
rujukan :
- PSM Azizan Ibrahim