Dengan Nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYANYANG..
Segala pujian bagi ALLAH yang empunya segala ilmu dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA, dapatlah kita hambanya mempelajari ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan hidup di dunia ini.
Ilmu perajurit atau ilmu kepahlawanan.. bangsa Melayu adalah merujuk secara langsung dengan ilmu persilatan. Bila kita sebut berkenaan dengan ilmu persilatan ini, jelas terbayang diminda kita tentang tokoh besar dalam alam persilatan yang termasyhur.. iaitu Laksamana Hang Tuah dan 4 sahabatnya yang lain, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.
Ilmu perajurit yang ada pada Beliau dan sahabat-sahabatnya menjadi asas kepada perkembangan ilmu perajurit bangsa Melayu. Bagi Laksamana Hang Tuah, kehebatan dan ketangkasan ia berpencak sukar dibayangkan oleh kita yang masih cetek ilmunya. Kehebatan dan ketangkasan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada beliau telah mengangkat nama beliau sebagai icon dalam ilmu perajurit bangsa Melayu.
Beliau dikatakan hebat bermain pelbagai senjata, salah satu yang paling popular diperkatakan adalah permainan keris. Beliau dikatakan sangat tangkas bermain keris sehingga dikatakan semasa pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat kaki keduanya tidak jejak dibumi.
Sebenarnya, Laksamana Hang Tuah dan sahabatnya bukan sahaja menjadi icon dalam ilmu perajurit sahaja. Bagi membuat kajian dan menyelusuri sejarah hidupnya yang digelapkan oleh pihak tertentu tentu akan lebih mengenali siapa sebenarnya Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya.
Laksamana Hang Tuah, sebenar juga merupakan seorang icon dalam ilmu firasat atau ilmu kebatinan dan ilmu perubatan, ilmu hikmah dan lain-lain lagi. Secara asasnya ilmu-ilmu tersebut tidak dapat dipisahkan dengan ilmu perajurit.
Ilmu perajurit, iaitu itu ilmu kepahlawanan yang mana ilmu ini digunakan untuk menegakkan kebenaran dan mempertahanan kebenaran dari cemarkan. Kebenaran yang dimaksudkan disini adalah kebenaran ISLAM sebagai agama yang BENAR. Oleh yang demikian, ilmu tersebut bukanlah untuk digunakan untuk kepentingan diri sendiri atau untuk melakukan penganiayaan dan penindasann terhadap manusia dan makhluk yang lain.
Dalam hal ini, adakah kita yang merupakan hamba ALLAH yang jahil dan lemah ini mampu untuk melakukan tugas yang begitu berat??
Adakah kita ini mampu meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W dan menegak dan mempertahankan kesucian ISLAM??
Maka, sudah tentu jawapannya TIDAK!! Melainkan dengan pertolongan dan izin dari ALLAH. Maka kita yang mempelajari ilmu tersebut perlu sekali berada dekat dengan ALLAH, supaya ALLAH memberkati ilmu yang kita pelajari dan memberikan kita kudrat.
Bagaimana kita ingin dekat kepada ALLAH. Bukankah ALLAH dikatakan selalu dekat dengan kita iaitu lebih hampir dari urat leher kita?? Memang BENAR!! ALLAH DEKAT DENGAN KITA MALAH MELIPUTI SEGALANYA.. TAPI.. kita yang tidak sedar.. atau tidak merasai dekatnya ALLAH dengan kita. AstagfiruLLAH.. moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita semua.
Oleh itu, amat jelas kebergantungan kita dengan ALLAH. Maka seharusnya setiap pengamal ilmu perajurit atau ilmu persilatan atau ilmu bela diri ini.. PERLU ada pengisian rohani. Pengisian rohani seperti amalan zikir-zikir tertentu akan membuatkan lebih merasai DEKATNYA ALLAH dengan kita.
Ilmu perajurit tanpa pengisian rohani.. adalah sesuatu yang HAMPA... KOSONG..
Ingatlah pesan Laksamana Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang didunia, selagi berpegang teguh kepada ajaran ISLAM"
WaALLAHu'alam..